Sunday, August 5, 2012

PERIHAL "ASABIYYAH"



(Sikap Berperang Sesama Sendiri)
"Asabiyyah" juga bermaksud Sifat Pilih Kasih dan Berat Sebelah dalam sesuatu perkara, memberikan Hak kepada Orang yang Tidak Berhak.

Al-Imam Muslim meriwayatkan dengan sanadnya dari Jundab ibn ‘Abdillah al-Bajali berkata bersabda Rasulullah Saw: “Sesiapa yang mati terbunuh di bawah bendera ‘immiyyah, mengajak kepada kepada ‘asabiyyah atau membantu ‘asabiyyah maka ia mati dalam jahiliyyah.” (Hadith Sahih Muslim, al-Imaarah, Hadith 3440"
(terdapat 14 riwayat tentang asabiyyah).

INI ADALAH KERANA
Di dalam Doa Iftitah semasa Sholat sering kita baca Doa maksudnya :
"Segala Kebesaran dan Kepujian adalah untuk Allah sebanyak-banyaknya. Maha Suci Allah setiap pagi dan petang. Aku menghadapkan mukaku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan tunduk menyerah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan orang musyrik. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Semesta Alam. Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah termasuk golongan orang Islam."

Bukankah dalam Doa ini kita serahkan diri kepada Allah Swt, hidup dan mati kita kerana Allah Swt dan memohon supaya kita termasuk dikalangan orang Islam?
Jadi kenapa dalam Doa kita berjanji akan memperjuangkan Islam tetapi dalam kehidupan dan perjuangan ada dikalangan kita hidup semata-mata memperjuangkan bangsa dan mati untuk bangsa?

Ini kerana seseorang individu atau sesebuah organisasi kadang kala tidak dapat melaksanakan bantu membantu atau jamin-menjamin dalam kebajikan meliputi semua masyarakat. Maka sekurang-kurangnya hendaklah dibuat dalam batasan kelompok yang termampu.

Sabda Nabi Saw.:
عَنْ أَبِي مُوسَى عَنِ النَّبِيِّ rقَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
 

No comments:

Post a Comment