Thursday, August 2, 2012

Najib Altantuya Silap Besar Dakwa Rafizi Ramli!



Thursday, August 02, 2012



Lagi ditekan, lagi bersemangat melawan!

Jika Najib Altantuya merasakan sudah cukup mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli semalam sebagai 'ubat tutup mulut', ternyata Najib Altantuya silap besar!

Ramai penganalisis berpendapat tindakan Najib Altantuya mendakwa Rafizi sebenarnya berpunca daripada ketakutan Najib Altantuya sendiri satu demi satu skandalnya terbarai.

Bermula dengan pendedahan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) kemudian skandal tender meragukan dalam projek sambungan LRT Ampang dan terkini, isu menghapuskan permit import (AP) yang bukan setakat mencekik warlords dalam Umno-APCO tetapi reaksi berlebihan daripada bekas perdana menteri Mahathir Mohamad!

Bayangkan jika baru seorang anak muda menggegar puncak kekuasaan di Putrajaya pun sudah mula resah gelisah, inikan pula 20 atau 50 anak muda berjiwa besar silap-silap tak sampai pilihanraya Umno-APCO sudah kibar bendera putih!

Rafizi yang didakwa di mahkamah semalam berhubung pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek National Feedlot Corporation (NFCorp) berkata, pihaknya akan menubuhkan pusat lindungan National Oversight & Whistle Blowers Center (Now) untuk rakyat yang bersuara demi keadilan.

"Kita memang membuat persiapan seperti pejabat, koordinator dan pendaftaran pusat, cuma kita nak pastikan semua selesai sepenuhnya, baru kita umum. Tapi dah kena tangkap tad, esok saya akan umumkan.

"Kalau ikut rancangan asal, ia akan dirasmikan pada 30 Ogos depan.

"Pusat ini bertujuan memberi perlindungan dan dana kepada 'whistle blower' agar mereka berani bersuara dan tahu bahawa mereka dilindungi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFCorp, Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam N. Surendran.

Mengenai ikat jamin, Rafizi berkata, beliau diikat jamin kira-kira jam 3 petang oleh Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Seri Setia.

Diminta mengulas mengenai ura-ura wang jaminan RM15,000 dikumpul melalui dana awam, Rafizi menjelaskan beliau belum pasti perihal itu.


Laporan Penuh Kondo Lembu Di Singapura - 20 Disember 2011


Memandangkan UMNO dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority yang disertakan bersama).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu.

Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmi Singapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 yang disertakan bersama).


Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.


Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil (sila rujuk dokumen email yang disertakan bersama).


Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura.

Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. 

Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin.

Sekian.

MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN

20 DISEMBER 2011.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment