Thursday, August 2, 2012

Selangor Biaya Kos Guaman Rafizi, Presiden PKR Kecam Penahanannya


Kerajaan Selangor bersedia membiayai kos guaman bagi membantu Rafizi Ramli menjalani proses mahkamah berikutan penahanannya berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Menerusi Twitternya pagi tadi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar tindakan penahanan tersebut berikutan pendedahan beberapa skandal utama yang melibatkan pemimpin Umno-BN termasuk Projek Tambahan LRT Ampang.

“Kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman saudara Rafizi Ramli.

“Kerajaan Negeri mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent,” katanya.

Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad serta menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber 2012.

Awal pagi tadi, Rafizi Ramli menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa beliau ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Menerusi paparan twitter itu juga, Rafizi menjelaskan rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Johari Muhamad yang turut ditahan bersama Rafizi merupakan bekas kerani Public Bank yang dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar. -selangorku

Wan Azizah kecam penahanan Rafizi

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” kata Azizah dalam twitternya pagi ini.

Rafizi yang merupakan Pengarah Strategi KEADILAN menjadi tumpuan dalam isu NFCorporation, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Rafizi juga difahamkan Johari Muhamad turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Johari – bekas kerani Public Bank dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Shahrizat yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan RARafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu. -KD

No comments:

Post a Comment