WASHINGTON - Sebilangan rakyat Amerika Syarikat (AS) melihat China sebagai ancaman terbesar kepada AS.

Pusat Penyelidikan Pew berkata dalam satu tinjauan, kira-kira satu perempat rakyat AS mendakwa China bakal menimbulkan ‘bahaya besar’ kepada negara mereka berbanding Iran, Korea Utara dan Rusia.

Menurut Pew, angka ini tidak berubah sejak September 2001, apabila 32 peratus rakyat AS, masih tetap dengan pendirian menyatakan China sebagai ancaman tertinggi kepada negara itu.

Difahamkan, kebimbangan tersebut semakin meningkat selepas insiden perlanggaran perjanjian udara antara pesawat pengintip AS dan China di luar pantai selatan wilayah Hainan pada April tahun itu. - AP