Saturday, September 8, 2012

Psy menari bersama hos Anugerah MTV




HART menari tarian kuda bersama Psy pada Anugerah Muzik Video MTV di Pusat Staples, Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES - Penyanyi rap Korea Selatan yang menjadi terkenal dengan mendadak di Amerika Syarikat (AS), Psy menari tarian kuda bersama hos Anugerah Muzik Video MTV, Kevin Hart di Pusat Staples sini kelmarin.
Tarian kuda itu kini menjadi popular ekoran ia dipersembahkan menerusi muzik video Gangnam Style di laman YouTube sejak 15 Julai lalu.
Klip video kini telah ditonton lebih 117 juta kali di laman tersebut.
Psy mendapat tepukan gemuruh daripada penonton selepas dia membuat persembahan tarian itu.
"Anda dilihat lebih 100 juta kali di YouTube ketika ini kerana Gangnam Style. Bagaimana perasaan anda?" soal Hart kepada penyanyi itu.
Psy yang berbadan gempal dan tidak menyangka akan menjadi popular di AS kerana tarian tersebut kemudian menjawab dalam bahasa Korea: "Saya berasa hebat dan saya berasa amat gembira dan pada satu ketika saya mahu bercakap dalam bahasa Korea di atas pentas ini. Tidakkah ia menggagumkan?"
Jawapan itu menyebabkan Hart kebingungan namun dia berpura-pura memahami jawapan Psy.
Psy kemudian bertanya kepada Hart: "Adakah anda tahu apa yang saya perkatakan?"
Muzik lagu tersebut kemudian bergema di pusat tersebut.
Turut menyaksikan persembahan itu ialah penyanyi Katy Perry yang sebelum ini menyatakan minatnya terhadap tarian itu.
Sebelum anugerah itu, Psy dan kumpulan nyanyian dari Britain, The Wanted turut membuat persembahan di Teater Avalon di Hollywood.
Psy membuat persembahan lagu Gangnam Style dan tarian kuda bersama anggota-anggota kumpulan tersebut.
Populariti Psy menerusi tarian itu telah menyebabkan pengurus Justin Bieber, Scooter Braun mengundang penyanyi rap tersebut ke AS baru-baru ini. - Agensi

No comments:

Post a Comment