Putera Harry
Putera Harry


KABUL - Putera Harry yang berhadapan dengan kontroversi gambar bogel tiga minggu lalu, semalam tiba di Afghanistan untuk menyertai misi ketenteraan selama empat bulan.

Dia diberi peranan sebagai juruterbang Apache, kata Kementerian Pertahanan Britain, semalam.

Harry, cucu Ratu Elizabeth II dan berada di tangga ketiga sebagai waris takhta merupakan seorang kapten dalam Army Air Corps Britain.

Dia akan ditempatkan di Camp Bastion, di wilayah selatan Helmand. Kawasan itu kubu kuat Taliban.

Keadaan di kawasan itu dikatakan jauh berbeza berbanding suasana mewah yang dialami di London ataupun Las Vegas baru-baru ini, di mana dia menyertai parti sehingga tidak sedar gambar bogelnya dirakam dan kemudian disebarkan menerusi dunia siber.

Putera Harry pernah ditugaskan di Afghanistan empat tahun lalu.