Saturday, September 8, 2012

Syiah sedia berdialog



         
JAKARTA: Kumpulan Syiah di Indonesia berkata, ia akan menerima tawaran untuk mengadakan dialog terbuka untuk menyelesaikan masalah dengan kumpulan Sunni yang menjadi penduduk majoriti di negara itu.

Pengerusi mesyuarat Majlis Petubuhan Ahlul Bait Indonesia (Ijabi), Jalaluddin Rahmat berkata, “Kami sentiasa terbuka untuk mengadakan dialog. Saya, sebagai contoh, baru pulang daripada menghadiri dialog di Makassar.”
Jalaluddin bagaimanapun menyelar Menteri hal Ehwal Agama, Suryadharma Ali dengan berkata: “Kami tidak mempercayai menteri itu atau kementeriannya kerana beliau mengisytiharkan kami murtad.”

Dia menambah, pihak polis juga tidak boleh dipercayai kerana mereka sering menyokong penduduk Sunni.


“Sekiranya kementerian benar-benar mahu mengadakan dialog di Sampang, Suryadharma mesti menjemput cendiakawan, ahli agama yang tidak berat sebelah dan media, supaya proses itu akan lebih telus,” katanya. - JP

No comments:

Post a Comment