Monday, October 8, 2012

Aktivis desak Arab Saudi bebas Raef Badawi




         
KUWAIT CITY: Sebuah pertubuhan sivil Teluk semalam menggesa Arab Saudi membebaskan seorang aktivis yang ditangkap empat bulan lalu kerana membuka laman sesawang berfahaman liberal.

Setiausaha Agung Forum Teluk Untuk Persatuan Sivil, Anwar al-Rasheed, berkata Raef Badawi perlu dibebaskan kerana semua tuduhan yang dikaitkan dengannya tidak berasas. Kata Anwar, Raef dipenjara sejak Jun lalu dibicarakan di Jeddah kelmarin.


“Satu daripada tuduhannya digugurkan dan perbicaraan disambung sebulan lagi,” katanya. Raef, 35, dituduh “menderhaka kepada ibu bapa” dan membuka laman sesawang liberal di Internet.

Tuduhan derhaka itu digugurkan kelmarin. Anwar menggesa badan hak asasi manusia Arab dan antarabangsa mendesak Riyadh membebaskan Raef dan membolehkan dia kembali kepada isteri dan dua anaknya. “Kami juga mendesak supaya kerajaan membayar pampasan kepada Raef kerana menahannya secara haram selama beberapa bulan,” katanya. Raef mengasaskan laman sesawang itu bersama pejuang hak asasi wanita Suad al-Shammari serta aktivis lain. Laman sesawang itu mengisytiharkan 7 Mei sebagai “Hari Liberisme” di Arab Saudi serta menggesa campur tangan pihak berkuasa terhadap agama dalam kehidupan seharian dihentikan. - AFP

No comments:

Post a Comment