Monday, October 8, 2012

Kerabat Di Raja Terengganu Sertai PAS

07 Oktober, 2012

Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perkembangan paling menarik di Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU 5) di Jabi Setiu Terengganu apabila seorang kerabat Diraja Terengganu iaitu Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan diri menyertai PAS. 


eliau menyerahkan borang menyertai Pas di Majlis perasmian yang disempurnakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995 mewakili Parti Melayu Semangat 46.

Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim kembali menyertai Umno Selain beliau,turut menyerahkan borang menyertai Pas ialah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan yang juga bekas AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman ,Datuk Omar Abu Bakar dan seorang tokoh muda berpengalaman dibidang korporat saudara Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim ~tintahijau

No comments:

Post a Comment