Thursday, October 4, 2012

Hanya dialog, pilihan raya selesai konflik: Mahmoud




         
ABU DHABI: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam memberi amaran, sengketa di Syria boleh merebak ke seluruh Asia Barat.

Beliau juga menuduh beberapa rakyat Syria cuba menggunakan sengketa itu untuk membalas dendam terhadap Iran.


Dalam wawancara dengan televisyen Al-Jazeera, Mahmoud berkata, dialog kebangsaan dan pilihan raya baru adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan krisis Syria.

Katanya, rakyat Syria perlu diberi peluang untuk menentukan masa depan mereka sendiri.


“Jalan untuk mencari penyelesaian ialah dengan persefahaman antara rakyat untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.


Wawancara itu diterjemahkan dari bahasa Parsi ke bahasa Arab oleh Al-Jazeera.

Pemimpin Iran itu membuat kenyataan serupa pada sidang akhbar di Teheran, semalam.


“Kita tidak akan memberitahu mereka apa yang perlu dilakukan. Kita perlu membantu mereka berunding dan mencapai kata sepakat. “Kita tidak memberitahu siapa yang perlu pergi kerana itu bermakna mencapuri urusan hal ehwal negara itu. Apa yang kita kata, ialah rakyat Syria berhak untuk membuat pilihan mereka sendiri,” kata Mahmoud.

Beliau memberi amaran konflik di negara itu boleh merebak ke negara lain di rantau itu jika ia gagal diselesaikan. - AP

No comments:

Post a Comment