Thursday, October 4, 2012

Kelahiran bayi AS terus jatuh

       
NEW YORK: Kadar kelahiran Amerika Syarikat (AS) menurun untuk tahun keempat berturut-turut dan pakar berpendapat, data itu satu lagi bukti menunjukkan kelembapan ekonomi terus melemahkan keinginan seseorang mendapatkan anak.

Bagaimanapun, berdasarkan laporan kerajaan semalam, keadaan itu mungkin berubah apabila penurunan pada 2011 hanya satu peratus berbanding antara dua hingga tiga peratus pada beberapa tahun sebelumnya. Penyelidik Kanan Biro Rujukan Populasi, Carl Haub, berkata kemungkinan kesan kemelesetan mula berakhir perlahan-lahan. Paling ketara dalam laporan terbaru itu ialah penurunan kelahiran etnik Hispanik serta kadar rendah kehamilan remaja.


Pakar berkata, kadar kelahiran tidak seimbang etnik Hispanik berlaku kesan kelembapan ekonomi, manakala peratusan remaja hamil memang menurun selama 20 tahun. Penurunan kelahiran adalah fenomena baru - secara relatif - di AS selepas ia meningkat sejak akhir 1990-an dan mencatat kadar tertinggi dalam sejarah membabitkan lebih 4.3 juta pada 2007. Namun, hanya kurang daripada empat juta kelahiran dicatatkan pada tahun lalu dan ia adalah kadar paling rendah dicatatkan di negara itu sejak 1998. Di kalangan penyelidik, kelembapan ekonomi dilihat menjadi punca utama penurunan kadar kelahiran apabila mereka berpendapat, ramai wanita atau pasangan menganggur, dibayar gaji rendah atau masalah kewangan lain yang menyukarkan mereka memulakan atau menambah anggota keluarga. Ekonomi dunia mengalami kemelesetan secara rasmi antara Disember 2007 hingga Jun 2009, tetapi sehingga 2011, undian menunjukkan kebanyakan warga AS kekal bermasalah. - AP

No comments:

Post a Comment