Thursday, October 25, 2012

Sengketa Buddha, Rohingya merebak



Perintah berkurung diisytihar di dua bandar Myanmar

Yangon: Pergaduhan antara penduduk Buddha dan Rohingya merebak ke dua bandar lagi di barat Myanmar menyebabkan pihak berkuasa mengisytiharkan perintah berkurung.

Jurucakap negeri Rakhine, Myo Thant, berkata dua penduduk bergaduh di bandar Kyaukphyu and Myebon di selatan dan timur ibu negeri Rakhine, Sittwe. Myo Thant berkata, rumah terus dibakar semalam dan pasukan keselamatan cuba memadamkan api di kawasan kejadian.
Ketegangan terbaru di barat Myanmar bermula Ahad lalu di utara Sittwe di daerah Minbyar dan Mrauk-U. Kerajaan berkata, sehingga ini tiga maut dan lebih 1,000 rumah dibakar.

Sengketa penduduk Buddha dan Muslim Rohingya sejak Jun lalu mengakibatkan lebih 80 orang maut.



Pelajar tunjuk perasaan
Sejak Ahad lalu, 1,039 rumah sudah dibakar manakala pihak lain menyatakan angka korban pergaduhan lebih tinggi.

Sementara itu, beratus-ratus penuntut universiti berkumpul semalam dalam tunjuk perasaan menentang penduduk Muslim Rohingya di kawasan yang menjadi pusat ketegangan di barat Myanmar, kata pemimpin bantahan itu.

Lebih 800 penuntut menyertai perhimpunan mendesak ditamatkan ‘belajar dengan pengganas Benggali’ dan memindahkan perkampungan Islam itu di jalan menuju ke universiti, kata pemimpin bantahan penuntut, Wai Yan.

Jurucakap kerajaan negeri Rakhine, Hla Thein, berkata perintah berkurung sudah diisytiharkan di bandar Minbya dan Mrauk Oo mulai Isnin lalu.

Ada pihak lain di dua bandar itu melaporkan anggota polis bersenjata berkawal di bandar itu.

“Bagaimanapun, saya tidak fikir keadaan kembali normal di perkampungan di pinggir Mrauk Oo,” kata seorang pesara guru, Mya Thein. - AFP/Reuters

No comments:

Post a Comment