Wednesday, November 21, 2012

Ban gesa segera laksana gencatan senjata


 Ban Ki-moon
Ban Ki-moon
Kaherah: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon semalam menggesa semua pihak di dalam konflik Gaza segera melaksanakan gencatan senjata, sambil memberi amaran bahawa persengketaan yang berlarutan akan membahayakan seluruh rantau.

“Semua pihak perlu menangguhkan pertempuran dengan segera,” kata Ban ketika operasi tentera Israel terhadap militan di Gaza memasuki hari ketujuh.

“Sekiranya keadaan berlarutan ia akan meletakkan seluruh rantau dalam bahaya. Saya melakukan lawatan ke wilayah ini kerana keadaan yang membimbangkan di Gaza.

“Saya di sini untuk merayu secara peribadi bagi menamatkan keganasan,” katanya bersama ketua Liga Arab, Nabil el-Araby selepas keduanya mengadakan mesyuarat tergempar.

Ban kongsi kebimbangan

Beliau dan Arabi katanya, berkongsi kebimbangan yang sama mengenai kehilangan lebih ramai nyawa manusia di Gaza.

Serangan balas darat Israel ke atas Gaza hanya akan menyebabkan tragedi lebih buruk, kata Ban.
“Sekali lagi keluarga dan kanak-kanak mati berikutan keganasan yang tidak berkesudahan ini,” kata Ban.

Ketua PBB itu kemudian ke Kaherah untuk melawat Tel Aviv, kata seorang pegawai di lapangan terbang.

Beliau bakal bertemu perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan presiden Palestin, Mahmud Abbas.

Peluang akhiri krisis

Mesir yang menjadi orang tengah dalam rundingan antara pasukan Hamas diketuai Khaled Meshaal bersama seorang lagi wakil Israel, di mana seorang pegawai Mesir berkata, untuk menghasilkan ‘persetujuan yang memberangsangkan’ bagi mengakhiri krisis.

Ban berkata, mempunyai kebimbangan yang sah tetapi beliau dalam lawatannya itu akan menggesa kepimpinan Israel untuk mengakhiri keganasan dan menegaskan bahawa Israel perlu menghormati tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa.

Usaha antarabangsa ditingkatkan untuk menamatkan krisis dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hilary Clinton akan mengadakan mesyuarat dengan Netanyahu dan Abbas minggu ini. - AFP

No comments:

Post a Comment