KAHERAH - Sementara serangan ke atas Gaza masuk minggu kedua, usaha Presiden Mesir, Mohammed Morsi dilihat sebagai salah satu harapan untuk menamatkan konflik Israel-Palestin dengan merundingkan proses gencatan senjata.
Mohammed pada masa yang sama  berikrar untuk mengekalkan perjanjian damai antara Mesir dan Israel.

"Mesir merupakan negara yang perlu memainkan peranan paling penting dalam konflik ini,” kata seorang profesor hubungan antarabangsa, Fawaz Gerges.
“Setakat ini, Hamas cukup patuh dengan arahan (Mohammed) Morsi dan ini salah satu sebab Mesir merupakan negara paling penting untuk merungkaikan konflik,” katanya.
Presiden Israel, Shimon Peres turut memuji usaha Mohammed dan mengatakan beliau membina satu kejutan yang menyenangkan.
“Saya berharap beliau akan mengekalkan usaha dan meneruskan tugas ini kerana ia penting bagi negara Timur Tengah,” kata Peres.
Mohammed mengambil alih jawatan presiden akhir Jun lalu.

Beberapa pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan Eropah turut menyalahkan Hamas dalam krisis yang berlaku dan berkata Israel mempunyai hak untuk melindungi diri daripada terus ditembak oleh militan Israel.

Mohammed turut mendapat tekanan daripada rakyatnya sendiri yang mendesak agar penjanjian damai bersama Israel dihentikan.