TEL AVIV - Sekurang-kurangnya 10 cedera dalam letupan bom sebuah bas dinaiki rakyat Israel ketika serangan tentera Yahudi ke atas Gaza masuk hari kelapan.

Jurucakap Perdana Menteri Israel, Ofir Gendelman mengemas kini status di Twitter dan mendakwa letupan yang berlaku sebentar tadi disebabkan bom dan ia merupakan serangan daripada pengganas.

Letupan tercetus bermula di Shaul Hamelech dan Henrietta Szold.

Sejurus letupan bom, tembakan kedengaran di Gaza seolah-olah merayakan kejayaan bom yang meletus di Tel Aviv itu.

Sekatan jalan raya turut diadakan bagi menyiasat punca sebenar letupan dan usaha menjejaki pengebom sedang dijalankan.

Insiden itu berlaku ketika Israel bertali arus melakukan serangan terhadap Gaza dan militan Hamas pula melepaskan roket ke arah Israel.

Dalam masa yang sama, perbincangan untuk mengadakan gencatan senjata ke atas Gaza masih lagi berterusan di Tebing Barat, Baitulmuqaddis dan Kaherah.

Setakat ini tiada lagi tanda-tanda gencatan senjata akan menjadi kenyataan dan serangan masih lagi bertali arus diantara Israel dan Hamas.