Tuesday, November 27, 2012

Bom ditemui di bawah kereta wartawan

ISLAMABAD: Sebutir bom semalam ditemui di bawah kereta seorang wartawan ternama Pakistan yang diancam Taliban ekoran liputannya mengenai pelajar sekolah yang ditembak kumpulan itu.

Bahan letupan seberat setengah kilogram itu ditemui di bawah kenderaan wartawan kanan stesen televisyen Geo News, Hamid Mir ketika diparkir di kediamannya di Islamabad. Skuad pemusnah bom dihubungi memusnahkan bom itu.


“Saya diberitahu bahawa beberapa hari lalu nama saya disebut dalam surat ditulis kepada Menteri Dalam Negeri yang mengandungi ancaman,” kata Hamid kepada wartawan. Kerajaan menawarkan ganjaran 50 juta rupee (RM1.5 juta) untuk maklumat mengenai mereka yang bertanggungjawab meletakkan bom itu, kata Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik kepada wartawan. Taliban di Pakistan mengancam untuk menyerang Hamid dan wartawan lain ekoran liputan mereka mengenai insiden tembakan terhadap remaja, Malala Yousufzai pada Oktober lalu. - Reuters

No comments:

Post a Comment