DUBAI - Dubai yang terkenal dengan projek pembinaan mega di negara itu, kelmarin, mengumumkan bahawa mereka akan membina pusat membeli-belah terbesar di dunia.

Projek pembinaan 'bandar baru dalam Dubai' tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum.

Bagaimanapun, beliau tidak memaklumkan kos keseluruhan projek yang akan turut melibatkan kawasan penempatan baru.

Ia akan dibangunkan oleh syarikat tempatan yang pernah membina menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa. - AFP