Tuesday, November 27, 2012

Penyerang sembunyi bom dalam simen




27 November 2012
KARACHI - Sebutir bom yang disembunyikan dalam blok simen meletup dan membunuh seorang penduduk Pakistan, semalam.

Insiden yang dianggap serangan berpuak di bandar Karachi itu turut mencederakan empat orang.

Pegawai kanan polis, Farooq Awan berkata, bom berkenaan mengandungi 1 kilogram bahan peledak dan diletupkan dengan telefon bimbit.

Sementara itu, semua jenis perkhidmatan telefon mudah alih dalam diharamkan bermula Sabtu lalu.

Larangan berkenaan dikuatkuasakan bagi menghalang berlakunya serangan terhadap komuniti Syiah yang meraikan hari Asyura dalam bulan Muharram.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam letupan bom sejak minggu lalu.

Pakistan merupakan negara yang memiliki sejarah pertelingkahan berdarah di antara puak Sunni dan Syiah. - AP

No comments:

Post a Comment