Lakhdar Brahimi
Lakhdar Brahimi
BEIRUT - Duta Khas PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi bimbang situasi di Syria boleh bertukar menjadi "Somalia baru" melainkan krisis yang berlarutan lebih 20 bulan dapat diselesaikan segera.
Beliau yang menggantikan Kofi Anna Ogos lalu menegaskan panglima perang dan militan bakal mengisi jurang yang wujud akibat keruntuhan kerajaan.

Dalam sebuah temu bual di London, diplomat veteran Algeria ini berkata, banyak risiko terpaksa dihadapi oleh rakyat Syria jika krisis berterusan.

“Apa yang saya takut ialah keadaan di Syria menjadi semakin buruk, keruntuhan kerajaan dan bimbang Syria menjadi Somalia baru,” kata beliau dipetik Reuters hari ini.

Somalia menjadi sebuah negara tanpa kerajaan pusat sejak tercetusnya perang saudara pada 1991.

“Orang ramai bercakap mengenai pemecahan Syria tetapi saya tidak nampak wujud pemecahan,” kata beliau.

“Saya percaya jika krisis ini tidak ditangani dengan segera, bahaya ‘somalisation’, keruntuhan kerajaan dan kemunculan panglima perang dan militan bakal berlaku,” ujarnya.

Beliau turut berkata, “semua orang mesti menghadapi masa-masa sukar, kebenaran itu sukar dan ia menakutkan. Krisis ini jika tidak ditangani segera, ia boleh berlanjutan setahun, dua tahun atau mungkin lebih lama lagi,” katanya.

“Saya berharap krisis ini tidak berlaku terlalu lama,” ujarnya.

Bercakap di Kaherah Ahad lepas, Brahimi dipanggil oleh kuasa-kuasa dunia bagi menerima resolusi Majlis Keselamatn PBB berdasarkan saranan Annan Jun lalu menggesa supaya menubuhkan kerajaan peralihan di Syria.

Rusia dan China bagainmanapun menyekat tiga drat PBB dan menambahkan lagi tekanan antarabangsa menerusi Deklarasi Geneva.

Katanya, Majlis Keselematan berpecah dan apa yang diperlukan ialah Perjanjian Geneva diterjemahkan ke dalam satu "resolusi."