TEHERAN - Kerajaan Iran dilaporkan sedang menghasilkan sebuah pesawat pengintip domestik yang lebih canggih, kelmarin.

Menurut laporan beberapa akhbar tempatan termasuk berhaluan konservatif, Resalat, pesawat pengintip VTOL itu akan dipamerkan pada Februari depan.

Pengarah projek, Abbas Jam berkata, pesawat pengintip canggih mereka itu mampu terbang secara senyap.

Pada awal Oktober lalu, Iran pernah mendedahkan beberapa imej pangkalan tentera Israel menerusi pesawat pengintip yang dilancarkan oleh gerakan Hizbullah sebelum ia ditembak jatuh tentera rejim Zionis.

Setakat ini, Iran mendakwa puluhan pesawat yang dilepaskan dari Lubnan gagal dikesan Israel. - AP