Silvio Berlusconi pemimpin penuh warna-warni
$entry.content.caption.value
ROM - Mantan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang disebut-sebut akan bertanding semula jawatan itu tahun depan, bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak AS$48 juta (RM144 juta) setahun kepada bekas isterinya, Veronica Lario.

Menurut satu laporan, Berlusconi akan menyimpan sebuah vila bernilai AS$100 juta di mana pasangan itu pernah tinggal bersama dengan tiga anak mereka sebagai sebahagian daripada perjanjian cerai yang difailkan pada 25 Disember lalu.

Lario meninggalkan Berlusconi pada 2009 selepas beliau dilihat hadir dalam parti hari jadi seorang model, Noemi Letizia.

Majalah Forbes menganggarkan kekayaan dimiliki Berlusconi setakat Mac lalu berjumlah AS$6 bilion.

Lario pada awalnya menuntut AS$56 juta setahun.

Pasangan itu bertemu pada tahun 1980 di bilik persalinan selepas Berlusconi datang menyaksikan teater Milan dan berkahwin pada tahun 1990.

Bekas perdana menteri itu mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya dan kini sudah menjadi tunang kepada Francesca Pascale, 28.

Berlusconi,  perdana menteri pascaperang yang paling lama memegang jawatan, meletakkan jawatan November tahun lalu.

Beliau juga terkenal kerana terlibat dengan skandal seks.