Saturday, December 29, 2012

MAHKAMAH ARAH KERAJAAN MESIR USAHA BEBASKAN SYEIKH OMAR



Mahkamah Pentadbiran Mesir semalam memerintahkan kerajaan Mesir yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dr.Hisyam Qandil untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menuntut pihak berkuasa Amerika Syarikat membebaskan Syeikh Omar Abdul Rahman, pemimpin Jamaah Islamiyah yang kini ditahan dalam penjara negara itu sejak 19 tahun lalu.

Mahkamah juga memerintahkan Kementerian Luar Mesir untuk 'campurtangan' dalam usaha membebaskan Syeikh Omar yang telah menjangkau 74 tahun dan dilaporkan sakit tenat.

Syeikh Omar yang dikaitkan dengan dalang letupan di New York pada tahun 1993 merupakan anak kelahiran Daqahliyah, Mesir dan lepasan Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar. Sejak dipenjara, Syeikh Omar yang cacat penglihatan diseksa dengan teruk termasuk berhadapan penderaan seksual di dalam penjara Amerika.

Amerika dan rejim Mubarak melihat Syeikh Omar ancaman buat mereka berdasarkan pengaruh beliau kepada umat Islam dalam membangkitkan semangat jihad menentang musuh Islam.

Selepas Revolusi 25 Januari, keluarga Syeikh Omar dan Jamaah Islamiyah menggesa Presiden Mursi dan kerajaan Mesir berusaha membebaskan Syeikh Omar dari tahanan.
— Abdul Malik

No comments:

Post a Comment