Presiden Barack Obama
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS),  Barack Obama telah menandatangani satu undang-undang bagi menangani dakwaan pengaruh Iran di Amerika Latin, melalui strategi diplomatik dan politik yang akan direka oleh Jabatan Negara.

Akta Tangani Iran Di Hemisfera Barat telah diluluskan awal tahun dan diterima oleh presiden semalam.

Undang-undang baru itu mengehendaki Jabatan Negara membangunkan pelan dalam tempoh 180 hari bagi memerhati setiap aktiviti Iran.

Walaupun strategi ini sulit dan hanya boleh diakses oleh penggubal undang-undang, ia harus mengandungi rumusan awam.

Teks juga menggesa Jabatan Keselamatan Dalam Negeri supaya meningkatkan tahap keselamatan AS di sempadan Kanada dan Mexico bagi mencegah sebarang pencerobohan Iran, Hizbullah atau mana-mana badan pengganas memasuki negara itu.

Washington juga berulang kali menyatakan akan memantau aktiviti Teheran di Amerika Latin walaupun pegawai risikan mengatakan tiada tanda-tanda aktiviti haram dilakukan oleh negara itu.

Iran sebelum ini diletakkan dalam satu siri sekatan antarabangsa kerana disyaki terlibat dengan senjata nuklear.