Wednesday, December 26, 2012

SALAHKAN ORANG LAIN WALAU DIRI BERSALAH



Selalunya, untuk melepaskan diri dari kesalahan, taktik lebih berkesan ialah meletakkan kesalahan diri kepada orang lain. Demikian taktik yang digunakan oleh kumpulan penentang Mursi yang berkampung di kawasan istana sebelum itu.

Tersebar berita bahawa yang memulakan serangan ialah kumpulan penyokong atau Ikhwan Muslimin dan kumpulan aliran Islam lain yang keluar berarak petang semalam ke istana.

Sedangkan sebelum ini, kumpulan penentang Mursi ini (yang sebenarnya mula 'meroyan' untuk berhadapan tarikh referendum 15 Disember ini), berkali-kali menolak permintaan kumpulan penyokong Mursi yang mahu berhimpun di Tahrir. Menurut media massa, tujuan perkumpulan kumpulan penentang bagi menuntut perkara berikut:

1) Membubarkan Panel Perlembagaan Mesir
2) Mendesak Mursi membatalkan dekri yang dibuat pada 22 November lepas.
3) Mendesak rombakan terhadap kerajaan Perdana Menteri, Dr.Hisyam Qandil
4) Kembali membicarakan kroni-kroni Mubarak yang dilepaskan dalam banyak kes mahkamah.
5) Kembali merombak struktur Jabatan Polis.

Dataran Tahrir, yang hanya dikenali kerana tempat berhimpun untuk menggulingkan rejim Mubarak selama 18 hari. Sebelum itu, Tahrir tak dikenali kecuali bagi pelancong-pelancong yang menziarahi Muzium Tahrir. Bermula 25 Februari 2011, nama Tahrir dikenali di seluruh pelusuk dunia.

Keengganan kumpulan penentang memberikan laluan kepada kumpulan penyokong Mursi bagi menggunakan seketika Tahrir menyebabkan mereka terpaksa mencari lokasi lain iaitu Dataran Nahdhah, hadapan Universiti Kaherah. Bagi Ikhwan, tidak dapat berhimpun di Tahrir bukan isu utama kerana Tahrir dikenali kerana revolusi, maka untuk mempopularkan dataran lain, satu himpunan raksasa juga perlu dibuat di medan tersebut.

Rupanya, keberadaan kumpulan penentang di Tahrir sedikitpun tidak mencuri perhatian Mursi. Bahkan Mursi 'memejamkan matanya' dan tawakkal kepada Allah lalu mengumumkan akan mengadakan referendum yang dijadualkan pada 15 Disember ini.

Tiada tindakan lain yang lebih agresif agar Mursi lebih tertekan kecuali mengepung pejabat pentadbiran Mursi di Istana Ittihadiyah. Maka Selasa lepas, kumpulan Amru Musa, Hamdin Sobahi dan Mohammad Baradei berarak ke istana tersebut. Maka riuh keesokkannya (hari Rabu) dalam akhbar dan berita bahawa "Istana Mursi dikepung". Malangnya, berita keganasan mereka tidak disiarkan. Selain mendirikan khemah, kumpulan ini turut merosakkan kenderaan polis, menyerang polis dengan batu dan molotov selain menconteng dinding istana dengan perkataan yang kesat.

Pertembungan hebat berlaku di istana Presiden apabila kumpulan penyokong Mursi dari pihak Ikhwan Muslimin dan aliran Islam lain tiba menjelang Maghrib. Lebih malang, ketiadaan pasukan polis menambahkan lagi angka korban dan cedera. Hairan, kenapa polis tidak mengambil langkah yang sepatutnya sedangkan mereka maklum, kumpulan penyokong sedang mara ke istana dan kejadian yang tidak diingini akan berlaku jika tidak dikawal.

Tokoh-tokoh penentang seperti Sobahi dan George Ishak menyalahkan Mursi sebagai ketua negara atas kematian dan kecederaan yang dihadapi rakyat. — with Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi and Abdul Malik II.

No comments:

Post a Comment