Wednesday, December 26, 2012

JANJI DI CAPATI

 JANJI YG BN CAPATI; ADA AKU KESAH PASAL RAKYAT MALAYSIA!!!
Lambakan guru tempatan masih tinggi, tidak perlu import guru India

PETALING JAYA, 26 Dis — Rancangan kerajaan untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India bukan jalan penyelesaian terbaik, kata pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini serta menggesa kerajaan menangani masalah lambakan guru terlebih dahulu. Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, Nik Nazmi berkata rancangan kerajaan tersebut tidak memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan kita. “Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) tidak memberikan alasan kukuh untuk mengimport guru-guru dari India ini. “Adakah ia akan memberi nilai tambah kepada kualiti dan mutu pendidikan negara,” kata beliau. Lambakan graduan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) masih lagi belum diselesaikan kini kerajaan mahu melaksanakan rancangan ini pula, kata Nik Nazmi lagi yang tidak menyokong sama sekali rancangan tersebut. “Kerajaan sewajarnya mengutamakan graduan-graduan TESL tempatan berbanding dengan mengemukakan rancangan sedemikian.
“Malahan hingga kini graduan ISMP masih lagi ramai yang belum mendapat penempatan sebagai guru di sekolah,” kata Nik Nazmi merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi yang mengesahkan seramai 7000 graduan ISMP belum diberi tawaran kerja pada Mac 2012.

Lebih membimbangkan lagi menurut Nik Nazmi adalah bilangan graduan ISMP daripada institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang paling ramai mengganggur kerana terpaksa bersaing dengan graduan institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang disokong oleh kerajaan.
Ahli dewan undangan negeri (Adun) Seri Setia tersebut juga mendakwa akibat daripada kekangan dan halangan mendapat pekerjaan, terdapat graduan-graduan terpaksa bekerja diluar bidang seperti menjadi agen insurans, guru tuisyen dan sebagainya.
“Oleh kerana tidak mendapat penempatan, ramai graduan ini terpaksa menjadi agen insurans, guru tuisyen dan sebagainya,” tambah beliau.
Selain itu, wakil Mahasiswa Keadilan Haziq Abdul Aziz, 21, juga mendakwa permasalahan graduan ISMP ini bukan berpunca daripada silibus atau mereka tidak mempunyai bakat tetapi adalah kerana diskriminasi Kementerian Pendidikan terutamanya ke atas graduan daripada IPTS.
“Graduan ini gagal mendapat penempatan bukan kerana kelemahan silibus tersebut atau tidak mempunyai bakat.“Tetapi adalah kerana diskriminasi terutamanya terhadap graduan IPTS,” kecam Haziq. Najib minggu lalu berkata kerajaan bercadang untuk mengambil tenaga pengajar dari India untuk mengajar bahasa Inggeris.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjamin bahawa kementerian pelajaran akan melihat dari segala sudut untuk memastikan cadangan pengambilan tenaga pengajar ini akan mengambil kira permintaan negara ini dari sudut pendidikan, sebagai respon kepada Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan (NUTP) untuk mengkaji secara mendalam sebelum mengambil tenaga pengajar asing. Seramai 70,000 guru bahasa Inggeris di Malaysia, mengikut kenyataan timbalan pengarah Kementerian Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, dimana dua pertiga dari mereka gagal untuk mencapai standard yang diinginkan. Untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan mewajibkan guru untuk lulus Ujian Kedudukan Cambridge pada 2015, atau dipindahkan ke bidang lain.New Straits Times juga melaporkan mereka yang gagal akan diwajibkan untuk menghadiri kursus intensif selama lapan minggu dan pembelajaran selama 30 jam secara online setiap minggu. Ini lah namanya, JANJI BN YG DI CAPATI.
 

No comments:

Post a Comment