Saturday, January 12, 2013

400 penduduk Rohingya bersembunyi di Thailand



BANGKOK 11 Jan. - Kira-kira 400 penduduk etnik Islam Rohingya dari Myanmar ditemui bersembunyi dalam sebuah kem di sebuah ladang getah di wilayah Songkla di selatan negara ini, dalam satu serbuan di wilayah itu.
Polis berkata, sebanyak 378 lelaki, 11 wanita dan 12 kanak-kanak Rohingya ditemui selepas mereka dipercayai tinggal di sana sejak tiga bulan lalu bagi menunggu untuk diseludup ke 'negara ketiga'.
Polis berkata, serbuan semalam itu dilancarkan selepas pegawai polis menerima maklumat tentang tempat perlindungan tersebut.
''Mereka akan dihantar pulang ke Myanmar semula. Proses penghantaran tersebut akan dilakukan oleh polis Imigresen,'' kata jurucakap Polis Padang Besar, Kolonel Katika Jitbanjong.
Polis berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa etnik Rohingya itu datang ke negara ini secara sukarela.
''Polis kini mendapatkan waran tangkap terhadap pemilik tanah atas dakwaan memperdagangkan manusia dan memberi perlindungan kepada pendatang haram.
Kumpulan hak asasi manusia mengkritik Thailand kerana gagal membantu etnik Rohingya yang tiba di negara ini.
''Thailand mengambil kesempatan daripada dasar baik negara jirannya, Malaysia untuk lari daripada tanggungjawab bagi melindungi pelarian dan tindakan ini amat memalukan,'' kata Human Right Watch Asia, Phil Robertson. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130112/lu_05/400-penduduk-Rohingya-bersembunyi-di-Thailand#ixzz2Hm7Xr0rg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment