MOSCOW - Rusia melancarkan kapal selam kelas baru bagi melaksanakan operasi strategik nuklear dan Presiden Vladimir Putin berikrar untuk meningkatkan kekuatan angkatan tentera lautnya.

Putin menekankan Rusia mendapati senjata nuklear adalah sumber keselamatan penting bagi mengukuhkan kekuatan di laut selepas kejatuhan Soviet pada 1991.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata, Putin mengarahkan pembinaan kapal selam nuklear kelas Borei, Yuri Dolgoruky pada 1996 dan kini sudah beroperasi.

Shoigu berkata, kapal bersaiz 170 meter panjang itu direka dengan keupayaan membawa 16 Peluru Berpandu Balistik Antara Benua (ICBM), Bulava. - Reuters