Friday, January 4, 2013

Hamas mungkin tawan Tebing Barat: Netanyahu




         
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel berkata semalam, kumpulan Hamas mungkin menawan Tebing Barat daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, sama seperti yang dilakukan di Semenanjung Gaza pada 2007.

“Semua orang tahu bahawa Hamas boleh mengambil alih Pihak Berkuasa Palestin. Ia boleh berlaku selepas perjanjian damai Israel-Palestin. “Ia boleh berlaku sebelum perjanjian itu, seperti di Gaza,” kata Benjamin Netanyahu ketika bermesyuarat dengan sekumpulan pelajar Injil Yahudi di kediamannya.


Kenyataan itu dibuat tiga minggu sebelum pilihan raya umum Israel.

Pemimpin rejim Zionis itu berusaha meningkatkan sokongan daripada kumpulan agama dan penyokong mereka.


“Saya berpendapat proses diplomatik perlu diuruskan dengan bertanggungjawab, bukan dengan tergesa-gesa,” katanya.


Netanyahu dipercayai berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Israel, Shimon Peres yang mendesak rejim itu menyambung semula rundingan damai dengan Palestin. - AFP

No comments:

Post a Comment