Tuesday, February 5, 2013

Abdul Kader Mullah dijel seumur hidup




5 Februari 2013
DHAKA - Perbicaraan membabitkan pemimpin parti Islamis utama Bangladesh, Abdul Kader Mullah memutuskan beliau bersalah kerana melakukan jenayah perang pada tahun 1971.

Abdul Kader merupakan ahli Jamaat-e-Islami, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup walaupun menafikan semua tuduhan ke atas dirinya.

Perbicaraan mencetuskan bantahan daripada penyokongnya yang menuduh kerajaan mempunyai agenda politik.

Beribu-ribu penyokong Abdul Kader berarak semalam menuntut supaya pemimpin mereka itu dibebaskan.

Difahamkan berlaku pertempuran di antara polis dengan penunjuk perasaan manakala agensi berita AFP memetik polis turut melepaskan peluru getah bagi menyuraikan keadaan.

Dianggarkan kira-kira tiga juta terbunuh dalam insiden tersebut.

Peguam utama pemimpin itu, Abdul Razzaq menyifatkan tribunal yang dikenakan ke atas anak guamnya sebagai cubaan memburu ahli sihir.

Bulan lalu, bekas pemimpin parti itu, Abul Kalam Azad juga didapati bersalah dalam lapan tuduhan jenayah perang dan dijatuhi hukuman mati.

No comments:

Post a Comment