Tuesday, February 5, 2013

Israel tahan 20 anggota Hamas

Wanita Palestin memegang gambar anggota keluarga mereka yang ditahan tentera Israel dalam satu tunjuk perasaan mendesak pembebasan mereka di Nablus semalam. - Foto APWanita Palestin memegang gambar anggota keluarga mereka yang ditahan tentera Israel dalam satu tunjuk perasaan mendesak pembebasan mereka di Nablus semalam. - Foto AP Ramallah: Tentera Israel menahan lebih 20 anggota kumpulan pergerakan Hamas, termasuk tiga Ahli Parlimen dalam satu serbuan awal pagi semalam di Tebing Barat, kata pihak berkuasa Hamas.

Tentera Israel mengesahkan penahanan itu namun tidak menjelaskan lanjut.
Pegawai Hamas yang enggan dikenali berkata, penahanan itu berlaku awal pagi di seluruh jajahannya. Salah seorang yang ditahan adalah Ahli Parlimen yang bertanggungjawab dalam rundingan penyatuan antara Hamas dan Fatah, katanya.



Hamas dalam kenyataannya berkata tiga Ahli Parlimennya, Ahmed Attoun, Hatem Qafisha dan Mohammed al-Talhad, ditahan pada awal pagi, selain beberapa pemimpin tempatan Hamas.

Ini adalah tindakan jenayah yang tidak akan mampu menghentikan perjuangan mereka. Kami dalam pergerakan Hamas mengutuk sekeras-kerasnya kempen penahanan tanpa perbicaraan puluhan pemimpin Hamas, kata kenyataan itu.

Seorang jurucakap tentera Israel enggan mengesahkan jika ahli perundangan Hamas itu ditahan dan tidak menyebut nama atau mengapa mereka ditahan.
Dua puluh lima rakyat Palestin ditahan, 23 daripadanya anggota Hamas, katanya.

Hamas, yang dianggap organisasi pengganas oleh Israel, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, menang Pilihan Raya Parlimen Palestin pada 2006.

Rakyat Palestin terbahagi dua sejak Hamas menakluk Gaza pada 2007, menyingkirkan tentera Fatah diketuai Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam satu pertumpahan darah.

Pelbagai cubaan untuk mencapai perjanjian penyatuan antara dua kumpulan Palestin itu tidak berjaya setakat ini.

Israel menganggap Hamas sebuah organisasi pengganas kerana ia melakukan serangan maut, termasuk serangan bunuh diri ke atas orang awam Israel.
AP

No comments:

Post a Comment