MOGADISHU - Pengebom berani mati nekad meletupkan dirinya di pekarangan istana presiden di Somalia menyebabkan dua orang terbunuh.

Pegawai polis, Mohamed Ali, berkata individu berkenaan meletupkan dirinya selepas anggota tentera menjalankan pemeriksaan ke atas lelaki berkenaan di pusat pemeriksaan kompleks istana dikenali sebagai Villa Somalia.

Villa Somalia mempunyai kawasan besar dengan dipenuhi beberapa bangunan dan pusat pemeriksaan.

Menurutnya, jarak kejadian itu berlaku agak jauh dari kediaman rasmi Presiden Hassan Sheikh Mohamud.

Dimaklumkan, pada kejadian itu presiden berkenaan sedang bersiap untuk ke luar negara bagi urusan rasmi. - AP