Friday, February 1, 2013

Pembangkang Mesir gesa berunding



KAHERAH 30 Jan. - Mohamed ElBaradei, tokoh yang mengetuai kumpulan pembangkang daripada Barisan Penyelamat Kebangsaan, hari ini menggesa supaya rundingan tergempar diadakan dengan pemimpin Mesir bagi mengatasi krisis politik di negara ini.
"Kami mahu rundingan segera diadakan antara Presiden, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, pergerakan Salafi dan Barisan Penyelamat Kebangsaan bagi mengambil langkah perlu menamatkan keganasan dan memulakan dialog serius," katanya dalam Twitternya.
Gesaan beliau itu dibuat selepas dua hari kumpulan pembangkang menolak pelawaan Presiden Mohamed Mursi untuk mengadakan dialog bagi menyelesaikan krisis politik di negara ini.
Mesir kembali berdepan dengan keganasan berdarah selama hampir seminggu apabila rakyat negara ini melancarkan tunjuk perasaan sempena ulang tahun kebangkitan rakyat yang kedua sejak Khamis lalu, menyebabkan lebih 50 orang maut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130131/lu_08/Pembangkang-Mesir-gesa-berunding#ixzz2Jb525vIQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment