CAPE CANAVERAL - Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) melancarkan satelit komunikasi baru dari pangkalan angkasa lepasnya di Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat. Roket tanpa pemandu itu dilengkapi penjejak Nasa dan satelit data TDRS yang ke-11 sejak dilancarkan 1983.

Agensi angkasa itu menggunakan rangkaian orbit untuk berkomunikasi dengan angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa.

Satelit itu juga memancarkan imej yang diambil Teleskop Angkasa Hubble.

Pelancaran satelit baru itu membabitkan kos antara AS$350 juta (RM1 bilion) dan AS$400 juta (RM1.2 bilion). - AP