Thursday, February 28, 2013

Petani, polis bertempur di Myanmar



YANGON 27 Feb. - Seorang anggota polis terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan polis dan petani yang membantah pemilikan tanah di Lembah Irrawaddy, Myanmar.
Polis Myanmar, hari ini berkata, sebanyak 26 anggota polis cedera dalam pertempuran malam tadi, dalam bantahan oleh petani yang menuntut supaya tanah mereka seluas 200 hektar yang didakwa dirampas oleh junta pada 1996 di wilayah itu dikembalikan.
Kira-kira 300 petani mengadakan tunjuk perasaan di situ, sejak minggu lalu.
Pertempuran malam tadi berlaku di pekan Maubin, antara insiden terburuk, selepas tunjuk perasaan di ladang tembaga pada November lalu yang mencederakan berpuluh-puluh orang penduduk. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130228/lu_07/Petani-polis-bertempur-di-Myanmar#ixzz2MCydKvUE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment