Thursday, February 28, 2013

TEGANG



Kapal aktivis antipemburuan ikan paus Bob Barker terhimpit ke kapal tangki minyak Sun Laurel selepas dilanggar kapal pemburu ikan paus, Nisshin Maru, di perairan sejuk Antartika, kelmarin. - AFP
Kapal pemburu ikan paus Jepun dan kapal milik aktivis alam sekitar sekali lagi berbalah di perairan sejuk Antartika kelmarin, apabila mereka saling tuduh menuduh antara satu sama lain.
Aktivis Persatuan Pemuliharaan Sea Shepherd, Paul Watson berkata, insiden itu berlaku apabila kapal pemburu ikan paus Jepun, Nisshin Maru yang cuba mengisi minyak dari kapal tangki Sun Laurel melanggar kapal Bob Barker yang jauh lebih kecil
Bagaimanapun, di dalam laman web Institut Penyelidikan Cetacean Jepun yang memiliki kapal tersebut menuduh beberapa bot milik Sea Shepherd melanggar Nisshin Maru ketika kapal itu cuba mengisi minyak.
Perbalahan itu berlangsung dalam suasana yang tegang selama lima jam.
Kata Watson, pihaknya cuba menghalang Nisshin Maru untuk mengisi minyak dari kapal tangki minyak Sun Laurel dan mereka melanggar Bob Barker sebanyak dua kali menyebabkan beberapa bahagian kapal itu rosak sebelum menghimpitnya ke kapal Sun Laurel. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130227/lu_03/TEGANG#ixzz2MCyyiYvq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment