Wednesday, March 13, 2013

Najib Umum Perkara Yang Sudah Lama. KAKITANGAN AWAM TERTIPU??


Pengumuman Najib Razak yg menaikkan taraf pangkat dlm tentera dan polis semalam hanya perkara lama yang baru diumumkan sahaja.

Perkara ini hanya perkara lama yang baru diumumkan kerana mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda bagi kemasukan ke pangkat inspektor sedangkan sebelum itu, mereka yang lulus STPM layak untuk menjawat jawatan inspektor.


Merujuk kenyataan najib semalam mengenai perkhidmatan awam, polis dan tentera.
Antara lain, najib mengumumkan "Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44. Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.".

Seperti dilaporkan oleh Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/nasional/pangkat-dalam-atm-pdrm-disetara-dengan-perkhidmatan-awam-1.138619

PENJELASAN : Pada masa lalu, entry point kemasukan graduan ke dalam perkhidmatan tentera dan polis ialah di pangkat Kapten(tentera) dan ASP (polis), jadi mereka ini diberi point kemasukan mata gaji gred 41.

Mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda bagi kemasukan ke pangkat inspektor. Sebelum ini, kemasukan ke pangkat inspektor hanya perlukan STPM dan latihan di Kuala Kubu Baru sahaja.

(rujuk di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm)

Kemudian mulai Januari tahun ini, perkhidmatan tentera juga mengubah syarat kemasukan dengan meletakkan ijazah sarjana muda bagi lantikan ke pangkat leftenan muda (yang sebelum ini hanya memerlukan SPM dan latihan di Maktab Tentera Diraja (rujuk http://www.malaysiakini.com/news/220867)

Dengan perubahan ini, secara automatik berarti entry point bagi Leftenan Muda dan Inspektor ialah gred gaji 41, iaitu entry point lazim bagi kemasukan pemegang ijazah ke dalam perkhidmatan awam. Sehubungan dengan itu, pelarasan yang sama akan berlaku kepada pangkat kapten dan ASP.

Dahulunya pangkat kapten diberi gred gaji 41, dan sekarang oleh kerana gred gaji 41 telah diperuntukkan kepada Leftenan Muda, maka Kapten diberikan gred gaji 44. Pelarasan yang sama dipakai untuk jawatan ASP (Penolong Penguasa Polis).

OLEH YG DEMIKIAN SECARA HAKIKI SEBENARNYA PENGUMUMAN YG DIBUAT NAJIB SEMALAM HANYALAH PENGUMUMAN TERHADAP SESUATU YG MEMANG TELAH SEDIA ADA DIGUNA PAKAI DIDLM PERKHIDMATAN POLIS DAN TENTERA SEJAK 2010. PADA HAKIKATNYA TIADA INSENTIF BARU YG DIPEROLEHI OLEH TENTERA DAN POLIS.

No comments:

Post a Comment