Monday, March 11, 2013

Terkejut dipilih jadi calon Naib Presiden Indonesia



Jakarta: Anak Megawati Sukarnoputri Puan Maharani mengakui dia terkejut apabila dipilih sebagai calon Naib Presiden Indonesia oleh Ketua Majlis Syura Parti Bulan Bintang (PBB) Yusril Ihza Mahendra.

Menurut anak bekas presiden itu, dia tidak menyangka Yusril mempunyai cadangan sebegitu.


“Bagaimanapun, isu berkenaan akan diserahkan kepada Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) untuk diputuskan,” katanya kepada media selepas majlis penganugerahan ijazah kehormat kepada bapanya, Taufiq Kiemas, semalam.

Ketua Umum PDI-P ialah Megawati.


Kata Puan, isu mengenai pilihan raya presiden negara itu diserahkan kepada Megawati.


“Fokus kami ketika ini ialah menyatukan parti agar padu, selain menyelesaikan masalah pentadbiran berkaitan pilihan raya presiden,” katanya. Yusril bercadang untuk bertanding sebagai calon presiden mengemukakan cadangan itu kepada Puan, 39, kelmarin.

Kata Yusril, disebabkan Puan masih muda, dia yakin ahli politik itu memiliki kecekapan serta semangat datuknya, Sukarno.


“Ia akan menjadi kombinasi yang sempurna,” katanya.

Sebelum ini, sebuah mahkamah tinggi membenarkan Parti Bulan Bintang menyertai pilihan raya umum pada 2014. - Agensi

No comments:

Post a Comment