Sunday, April 21, 2013

Mogok lapar Guantanamo meningkat ke 77 orang


21/04/2013 2:50am

WASHINGTON – Jumlah tahanan yang menyertai mogok lapar di penjara Guantanamo yang dikawal Amerika Syarikat telah meningkat ke 77 orang. Angka tersebut bertambah sebanyak 25 dalam masa beberapa hari, kata seorang jurucakap, Leftenan Kolonel Samuel House.
Dalam kenyataannya, kesemua tahanan tersebut tidak mahu makan dengan 17 daripada mereka dipaksa menerima makanan melalui tiub.
Lima tahanan telah dimasukkan ke hospital, namun belum ada yang dilaporkan dalam keadaan yang membahayakan nyawa.
Penjara yang memuatkan seramai 166 orang tahanan itu berdepan dengan tunjuk perasaan berkenaan sejak 6 Februari lalu, apabila beberapa orang tahanan mendakwa pegawai penjara telah memeriksa isi al-Quran mereka untuk mencari bukti barang seludup. Begitupun, pegawai penjara telah menafikan sebarang jenis tindakan yang menghina kitab suci tersebut.
Kumpulan tahanan penjara Guantanamo yang menyertai mogok lapar itu juga memprotes tujuan penahanan mereka yang tiada pendakwaan atau perbicaraan selama 11 tahun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2R3xfS7wY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment