Sunday, April 21, 2013

Taliban memotong tangan dan kaki dua pengawal keselamatan



21/04/2013 3:11am

KABUL - Kumpulan Taliban dilaporkan memotong tangan dan kaki dua pengawal keselamatan yang menurut mereka berkhidmat kepada tentera asing.
Pihak Taliban telah mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu bahawa tangan kanan dan kaki kiri kedua-dua mangsa itu dipotong sebagai hukuman kerana mereka melakukan rompakan di jalanan.
Seorang mangsa berusia 25 tahun yang enggan dikenali bagaimanapun menyampaikan cerita yang berbeza. Menurutnya, dia dan rakannya telah diculik beberapa hari lalu oleh sekumpulan militan.
"Mereka menyuruh kami meletakkan bahan letupan di sebuah syarikat dan mereka akan memberi upah jika kami melakukan seperti yang diminta. Bagaimapun, kami telah menolak permintaan tersebut.
"Lalu mereka membawa kami ke kawasan lapang dan menjatuhkan hukuman dengan memotong tangan dan kaki kami," kata seorang mangsa dalam satu temu ramah bersama stesen televisyen tempatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm#ixzz2R3wTub00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment