Sunday, April 21, 2013

Tahanan Guantanamo mogok lapar terus meningkat



WASHINGTON 21 April - Jumlah tahanan yang mengambil bahagian dalam satu mogok lapar di penjara tentera Guantanamo yang dikendalikan Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 77 orang semalam, peningkatan sebanyak 25 kes dalam tempoh beberapa hari lalu.
Leftenan Kolonel Samuel House dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah tahanan yang enggan menerima makanan itu, sebanyak 17 orang diberikan 'makanan secara paksa menerusi saluran tiub.
Sebanyak lima penghuni penjara telah dimasukkan ke hospital walaupun tidak seorang daripada mereka berada dalam 'keadaan kritikal’.
Penjara yang menempatkan seramai 166 tahanan dilanda mogok lapar sejak 6 Februari lalu selepas penghuni itu mendakwa pegawai penjara mencari al-Quran mereka untuk diseludup namun dinafikan pegawai pusat berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130421/lu_06/Tahanan-Guantanamo-mogok-lapar-terus-meningkat#ixzz2R3BSTnIg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment