Thursday, April 25, 2013

New York mahu menaikkan had umur pembeli rokok


NEW YORK - Kota metropolitan ini mahu menjadi bandar raya pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menaikkan had umur pembeli rokok daripada 18 kepada 21 tahun.
Anggota-anggota dewan bandar raya ini akan mengundi berhubung usul tersebut pada 2 Mei depan.
Perkara itu telah diusulkan oleh calon Datuk Bandar New York, Christinne Quinn.
Cadangan itu hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan. Menurut seorang jurucakap Quinn, beliau yakin cadangan tersebut akan mendapat lampu hijau.
"Terlalu ramai perokok dewasa memulakan tabiat buruk ini sebelum umur mereka mencecah 21 tahun," kata Quinn.
Pihak berkuasa berharap usul menaikkan had umur pembeli rokok itu dapat mengurangkan bilangan perokok yang berusia antara 18 hingga 20 tahun sebanyak 55 peratus. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2RQsgrcXi 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment