KUCHING - Kira-kira 121 wartawan terbunuh semasa bertugas termasuk 22 orang di negara-negara Komanwel di mana konflik dalaman meruncing di Pakistan yang meragut 10 nyawa tahun lepas, demikian menurut Persatuan Wartawan Komanwel (CJA).

Menurut CJA lima lagi wartawan mati secara sia-sia di India, tiga di Bangladesh, dua di Nigeria dan masing-masing seorang di Tanzania dan Uganda manakala jumlah kematian di kalangan wartawan tahun ini sudah dua kali ganda.

"Persatuan Wartawan Komanwel tetap bersatu dengan rakan-rakan kami di seluruh dunia yang bekerja 24 jam melaporkan berita walaupun terdapat ancaman dipenjara, keganasan malah kematian," kata CJA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sempena ulang tahun ke-20 Hari Kebebasan Akhbar Sedunia tahun ini.

"Kita memperingati sumbangan mereka, seperti yang kita lakukan ke atas mereka yang terdahulu. Rakan sekerja kita yang meninggal dunia atau dipenjarakan tidak menyertai dunia kewartawanan untuk menjadi pembawa obor bagi kebebasan tetapi mereka juga adalah wira," kata kenyataan itu bagi menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, satu tarikh yang peringatan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai satu cara memperingati mereka yang telah melakukan pengorbanan muktamad, bagi menggambarkan kebebasan akhbar dan membuat janji baharu bagi mempertahan kebebasan media.

Disember lepas, 54 negara anggota Komanwel menerima pakai dokumen bersejarah: satu piagam Komanwel dan bagi menyatakan persetujuan kepada rang undang-undang teras kepercayaan, setiap kerajaan komited menegakkkan "keamanan, dialog terbuka dan aliran bebas maklumat, termasuk melalui media yang bebas dan bertanggungjawab," kata kenyataan itu.

"CJA menjangka tidak lain dan tidak bukan daripada perhatian yang tidak akan pudar kepada pengisytiharan ini. Semua kerajaan perlu ingat bahawa media yang bebas adalah asas kepada masyarakat yang demokratik dan tidak dianiaya atas nama keselamatan nasional, perjuangan yang perlu ke atas keganasan atau atas kepentingan individu tertentu," kata kenyataan itu sambil menambah bahawa terdapat banyak lagi yang perlu ditakuti daripada kerajaan yang menggunakan undang-undang tersurat atau keganasan untuk mendorong kesan kekangan ke atas kebebasan.

Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, yang disambut pada 3 Mei, mengingatkan wartawan dan masyarakat bahawa mereka mesti sentiasa berwaspada terhadap ancaman lama dan baharu muncul ke atas mereka yang melaporkan berita, kata CJA.

CJA adalah sebuah persatuan profesional sukarela yang menawarkan latihan dan sokongan moral kepada wartawan di negara-negara Komanwel di mana media menghadapi kekurangan sumber, menerima tekanan dari kerajaan dan kepentingan komersil atau menghadapi ancaman keganasan.

Ia beroperasi bagi pihak wartawan yang bertugas di seluruh Komanwel, terdiri daripada 54 negara di Afrika, Asia, Caribbean, Eropah, Amerika Utara dan Selatan dan Pasifik. - Bernama