Tuesday, May 14, 2013

Khalid kekal MB

Foto
KHALID tersenyum kepada wakil media selepas menghadap Sultan Selangor, semalam.
Shah Alam: Pengerusi pakatan pembangkang Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan dilantik sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua di Istana Alam Shah, Klang, jam 9 pagi hari ini.
Semalam, Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, di sini kira-kira jam 9.30 pagi, sebelum dilihat meninggalkan istana dua jam kemudian.
Ketika ditemui pemberita selepas itu, Abdul Khalid berkata, pertemuannya dengan Sultan Selangor bagi membincangkan beberapa isu terutama berkaitan bidang pentadbiran kerajaan negeri.

Menurutnya, beliau menghadap baginda untuk memaklumkan mengenai pelantikan Menteri Besar.


“Esok (hari ini) istiadat angkat sumpah secara rasmi akan diadakan di Istana Klang (Istana Alam Shah),” katanya.

No comments:

Post a Comment