Monday, May 6, 2013

Lelaki ditahan menyamar SPR



Melaka Tengah: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Ayer Keroh di sini, pagi semalam.

Suspek berusia 36 tahun yang memakai vest bertulisan ‘pemantau’ itu ditahan kawasan pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Ayer Keroh, pada jam 9.30 pagi.
Ketua Polis negeri, Datuk Chua Ghee Lye, berkata suspek ditahan kerana lelaki terbabit enggan mematuhi arahan polis selepas diarahkan keluar dari kawasan itu. “Siasatan awal mendapati, lelaki yang memakai vest pemantau ini tidak dilantik oleh SPR dan dia juga tidak mempunyai surat kebenaran daripada suruhanjaya terbabit.


“Lelaki itu yang mengaku sebagai pemantau bebas ditahan kerana enggan keluar dari kawasan 50 meter tempat pengundian di sekolah berkenaan selepas diarahkan anggota polis untuk berbuat demikian, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang di sini, semalam.

Ghee Lye berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment