Monday, May 6, 2013

Obama digelar ‘ketua syaitan’


Caracas: Presiden Nicolas Maduro (gambar) semalam mengecam Presiden Barack Obama dengan menggelarnya ‘Ketua Syaitan.’

Maduro bertindak demikian selepas Presiden Amerika Syarikat itu enggan mengiktiraf kemenangan beliau dalam pilihan raya Venezuela beberapa minggu lalu.

“Dia membuat pelbagai kenyataan biadap. Dia memberi arahan dan restu untuk golongan fasis menyerang demokrasi di Venezuela.

“Tetapi kita di sini ialah untuk mempertahankan institusi kita dan rakyat Venezuela. Dan kita boleh berbincang dengan sesiapa saja, termasuk Ketua Syaitan, Obama,” kata Maduro ketika berucap di satu majlis.


Kecaman itu mengimbas kembali serangan bekas Presiden Venezuela Hugo Chavez ketika menyelar George W Bush yang disifatkannya juga sebagai syaitan.


Ketika melawat Costa Rica Jumaat lalu, Obama tidak berkata sama ada Amerika Syarikat mengiktiraf Maduro sebagai pemenang pilihan raya presiden bulan lalu.

Dia sebaliknya memberitahu rangkaian televisyen Univision bahawa seluruh rantau itu memerhatikan ‘keganasan, bantahan dan tindakan ke atas pembangkang’ selepas pilihan raya 14 April itu.

Maduro mengalahkan ketua pembangkang Henrique Capriles dengan majoriti tipis dalam pilihan raya untuk menggantikan Chavez.

Maduro menuduh Amerika Syarikat memberi bantuan kewangan kepada penentangnya.

“Obama sendiri, selaku ‘boneka kuasa penjajah’ yang bertanggungjawab memberi bantuan kewangan kepada golongan berhaluan kanan yang berusaha untuk menghancurkan demokrasi di Venezuela,” kata Maduro.- AFP

No comments:

Post a Comment