Monday, May 6, 2013

Nahas helikopter: Hishammuddin, keluarga selamat


Nahas helikopter: Hishammuddin, keluarga selamat
Bangkai helikopter yang terhempas di Lapangan Terbang Sungai Besi, semalam. - Foto Afendi Mohamed Pesawat terbalik ketika mendarat akibat angin

Kuala Lumpur: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bersyukur kerana beliau dan keluarganya terselamat selepas helikopter yang dinaiki terbalik akibat angin kencang ketika mendarat di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi di sini, petang semalam.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ingatan dan doa dari semua, di samping memohon maaf kerana tidak menjawab semua pesanan yang diterima.


“Saya bersyukur kerana selamat dari kejadian itu dan turut berterima kasih kepada ingatan serta doa dari semua, di samping memohon maaf kerana tidak menjawab semua pesanan yang diterima,” katanya menerusi laman sosial twitternya, semalam.

Ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi, Hishamuddin berkata, beliau berkejar balik ke Kuala Lumpur kerana mendengar macam-macam kejadian berlaku, tapi Alhamdulillah tiada siapa tercedera dalam kejadian ini dan ibu kota juga terkawal.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengesahkan kejadian itu dalam sidang media di Bukit Aman di sini, berkata kesemua mereka iaitu isteri, anak dan menantu Hishammuddin selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Beliau berkata, helikopter sewa milik syarikat swasta itu terbalik selepas mendarat berikutan angin kencang melanda kawasan itu.
"Hishammuddin menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur setelah pulang mengundi di Johor," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu. - Foto BERNAMA

No comments:

Post a Comment