Monday, May 6, 2013

Wanita Saudi belajar pandu di luar negara



Dubai: Semakin ramai wanita Arab Saudi berusaha untuk mendapatkan lesen memandu di bandar raya ini dan bandar raya lain di Emiriah Arab Bersatu.

Ketua Polis Dubai, Lt Jeneral Dhahi Khalfan berkata, pihaknya menerima banyak permohonan untuk mendapatkan lesen daripada wanita Saudi yang ingin memandu di bandar itu dan bandar lain.


Wanita Saudi yang memiliki lesen memandu boleh memandu di Dubai meskipun mereka dilarang berbuat demikian di negara sendiri.

Menurut Dhahi, ramai suami dan bapa turut menyokong isteri dan anak perempuan mereka untuk mendapatkan lesen memandu kerana ia sekurang-kurangnya memudahkan keluarga masing-masing setiap kali bercuti selain berjimat dari segi bayaran teksi dan kereta sewa.


Bahrain turut menjadi tumpuan wanita Saudi yang ingin mendapatkan lesen memandu.


Wartawan Sabria Jawhar berkata, dia tidak hairan melihat wanita negaranya pergi ke luar negara untuk belajar memandu. “Ini ialah satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap orang, termasuk wanita Saudi.

“Mereka ke negara lain untuk belajar memandu kerana kerajaan Saudi tidak memberikan kemudahan seperti itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment