Saturday, May 25, 2013

MILF, MNLF tandatangani perjanjian damai


Manila: Dua pertubuhan, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) menandatangani perjanjian damai di Matalam, Cotabato Utara, selepas berlaku pertempuran beberapa kali awal bulan ini.

Jurucakap tentera, Kolonel Dickson Hermoso berkata, perjanjian itu dimeterai kelmarin.


Melalui perjanjian itu, kata Hermoso, MILF dan MNLF dikehendaki menghentikan sebarang konflik bersenjata. “Ia akan membuka jalan kepada orang awam yang melarikan diri akibat pertempuran sebelum ini pulang ke rumah masing-masing,” katanya. Sementara itu, Majlis Pengurusan Dan Kawalan Risiko Bencana Kebangsaan berkata, pertempuran di antara dua kumpulan utama Moro itu menyebabkan 7,105 orang mengambil keputusan meninggalkan rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Pertempuran di antara MILF dan MNLF mula tercetus pada 5 Mei lalu di Kampung Marbel di Matalam.

Sumber berkata, konflik itu berlaku apabila anggota MNLF melarang wakil MILF masuk ke kawasan itu untuk mempromosi Perjanjian Rangka Kerja Bangsamoro. - Inquirer.net

No comments:

Post a Comment