Saturday, May 25, 2013

Obama had serangan dron


Washington: Presiden Barack Obama semalam menganjakkan Amerika Syarikat daripada ‘perang tanpa sempadan ke atas keganasan,’ dengan mengehadkan serangan pesawat tanpa juruterbang (dron) dan mengorak langkah ke arah menutup penjara di Teluk Guantanamo.

Dalam ucapan penting mengenai dasar kerajaannya, Obama mempertahankan serangan menggunakan dron terhadap kumpulan al-Qaeda dan sekutunya tetapi dengan jelas berkata, ia bukan penyelesaian kepada segala masalah.
Menurutnya beliau akan mengambil langkah mengurangkan serangan seumpama itu yang dikecam baik di Amerika mahupun di luar negara.

Berucap di Universiti Pertahanan di Washington, Obama yang kerajaannya berdepan dengan kecaman mengenai moral terhadap penggunaan dron untuk melancarkan perang di luar negara berkata, Amerika Syarikat kini hanya akan menggunakan serangan seumpama itu jika ancaman itu ‘berterusan dan pasti.’


Ucapannya itu bagaimanapun diselar oleh anggota pembangkang daripada Republikan yang menyifatkan tindakan itu sebagai tunduk kepada keganasan.


“Ucapan presiden hari ini akan dilihat oleh pengganas sebagai kejayaan.

“Beliau sepatutnya meneruskan kegiatan memerangi keganasan yang sudah menunjukkan kejayaan,” kata Senator Saxby Chambliss dari Georgia.

Penggunaan dron oleh anggota tentera Amerika Syarikat untuk menyerang kedudukan pejuang meningkatkan ketegangan seperti di Pakistan dan dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia. - Reuters

No comments:

Post a Comment