24 Mei 2013
ORGANISASI pengakap Amerika Syarikat (AS), The Boy Scouts of America, memutuskan untuk menerima anggota yang secara terbuka mengaku sebagai gay.
Keputusan ini diambil dalam pemungutan suara yang diakhiri dengan pergaduhan berkaitan isu yang memecah-belah gerakan ini.
Lebih dari 60 peratus anggota dewan nasional, yang terdiri dari 1,400 anggota yang memiliki hak suara menyokong perubahan ini dalam sebuah pertemuan di Texas, AS.
Namun, larangan ini masih berlaku bagi pemimpin pengakap dewasa yang secara terbuka mengaku gay.
Perubahan ini akan berlangsung secara efektif 1 Januari 2014.
Resolusi pembatalan larangan ini "menegaskan bahawa pengakap adalah program pemuda dan setiap ahlinya yang melakukan hubungan seksual, baik heteroseksual atau homoseksual bagi kaum muda adalah bertentangan dengan nilai kebajikan pengakap."
"Sementara orang memiliki pandangan yang berbeza tentang pandangan ini, kita semua perlu sepakat bahawa adalah lebih baik jika anak-anak tidak melakukan hubungan seksual saat aktif di pengakap,'' demikian isi pernyataan Boy Scouts of America.
Isu menghapuskan larangan ini sebelumnya sempat dibawa ke pertemuan dewan nasional Februari lalu, tetapi keputusan ditunda hingga ada keputusan dari dewan yang lebih luas.

No comments:
Post a Comment